30 April 2012

Alkisah Sebuah Thesis

Aku dah mula jadi budak skema sekarang, update blog pun pasal benda-benda ilmiah je. Malam tadi, 29 April 2012, tamatlah hubungan aku dengan sebuah Thesis yang bertajuk bla bla bla. Ni aku share sikit dia punya Acknowledgement. Amacam? Syahdu malam?


Bissmillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, first praise is to Allah who giving me an opportunity to completed my Final Year Project 1. Special appreciation goes to my supervisor, Dr. Rosnafisah Sulaiman for the valuable guidance and advice. She had been very kind and patient while monitoring and correcting my paperwork.

My sincere gratitude also extends to my examiner, Puan Noor Azizun, and my friends for their kindness in sharing knowledge and experience. I would also like to thank Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) for providing me a good facilities to help me to complete this study.

Last but not least, my special appreciation goes to my parents for their prayers, moral support, encouragement and endless love. Thank You and I love you all! Muahh! xoxo




p/s okay yang Muahh! xoxo tu aku acah-acah je.

19 April 2012

Pelajar Tahun Akhir

Hidup makin sibuk. Project sana-sini. Tetapi aku masih lagi orang yang sama, perangai yang sama, pemikiran yang sama dan tidak pernah berubah. Cuma tahap kebuncitan perut je yang berubah-rubah.

Sebagai pelajar tahun akhir, aku sibuk mengumpulkan material-material untuk dijadikan bekal untuk membantu aku mendapat kerja yang bagus. Kerja yang orang 'pandang'. Nanti senang lah mak aku nak borak dengan member-member dia.

"Anak aku sekarang CEO Petronas" barangkali begini lah ayatnya. kahkah

04 March 2012

Sepupu Punya Wedding

Dulu kecik-kecik selalu main longkang sama-sama. Bukan setakat longkang, taik lembu, taik kerbau, taik ayam, dan segala jenis taik kami main.

Sekarang aku dah 22 tahun. Terlalu sekejap masa berlalu. Tanggal 3 March 2012, sepupu aku telah menikahi gadis pilihan nya yang berasal dari Kampung Majidee, Johor Bahru.

"Ariff (aku) bila lagi? Muka hensem takkan takda calon? HAHA" tanya pakcik makcik aku.

Aku tersenyum.

Aku mahu jadi kaya dulu. getus hati kecil ku.




17 February 2012

Lelaki Kuat Jalan

Ramai lelaki suka berjalan. Tak kira dimana dia berjalan. Di shopping mall, taman bunga, pasar malam, muzium negara dan dimana-mana sahaja.

Tetapi itu bukan aku.

Bukan aku.

Aku lebih suka duduk dirumah, ataupun melepak di kedai mamak dengan member-member.

Bila dapat GF yang suka berjalan ni. Aku tak dapat hendel. heheh

24 January 2012

Mereka Bodoh Inggeris

Negara-negara 'gempak' seperti Korea, Japan, China dan Russia. Boleh dikatakan ramai diantara rakyat dan pemimpin mereka tidak tahu ber'speaking' dalam Bahasa Inggeris.


TAPI










Korea




Japan




China



Russia



Mereka bodoh Inggeris, tapi lihatlah negara mereka. Maju tak habis-habis. Ini adalah bukti Bahasa Inggeris bukan lah alasan untuk kita tidak memajukan diri sendiri.

p/s Bahasa adalah Maruah ;)