Contoh penggunaan ayat
"Gua sangap rokok sangat-sangat ni. Ahhhh!"
Orang zaman dahulu dia punya sangap lain. Tak macam sangap budak zaman sekarang. Orang dulu sangap nak pergi mengeteh, main sepak takraw, main daun terup, main judi dan paling bangang pun sangap tengok cerita hindustan.
Orang zaman sekarang sangap apa?
Sangap post status atau comment dekat laman sosial seperti Fesbuk dan Twitter. Fesbuk tu kira boleh hendel lagi. Tapi bila dah bukak Twitter..... Anda akan terjumpa status seperti
1. "Gua nak pergi berak sekarang, semoga gua tenang-tenang sahaja"
2. "Harini saya makan banyak. Perut ada sedikit buncit"
3. "Hujan la pulak...... Ops Hujan dah berhenti...... Oh my gucci ribut petir berdentum-dentum! Eh cuaca dah panas balik..... Ok nak tidur lah cenggini...."
Korang jangan terbakar lepas baca entri ni. Saja nak bergurau. HIHI. Sabtu lepas aku baru bukak akaun Twitter. Memang lembab tahap bangang aku ni. Sila lah follow br0wn_gUn
;)
1 cakap kosong:
haahha sangap org muo ckp menguap
Post a Comment