12 January 2012

Perihal Running Man Part 1

Running Man, sebuah variety show dari Korea. Ok cerita panjang pun tak guna. Hari ini aku akan bercerita pasal watak-watak dalam Running Man. Dia punya kelakar, sampai boleh buat aku tergelak sambil tumbuk-tumbuk dinding. Dan yang paling penting, benda ni dah buat aku jadi tak siuman, gelak sorang-sorang depan laptop sambil tutup muka dengan bantal. Perangai-perangai.



Haha, atau nama sebenar Ha Dong Hoon
Diberi gelaran Haroro.
Watak yang paling aku minat sebab perangai dia macam sial.
Cara dia gelak pun dah boleh buat aku karate dinding laju-laju
Cara pemakaian dia sedikit sebanyak mempengaruhi aku.
Seorang penyanyi dan rapper.
Dilahirkan pada 1979 di Berlin, Jerman



Lee Kwang Soo
Seorang yang selalu dibuli oleh Sparta Kook
Aku minat dia sebab watak dia yang selalu sedih dan suka menjerit tak tentu pasal
Seorang pelakon yang tak berapa nak femes kat Korea
Aksi yang paling kelakar adalah masa dia kena tolak dengan SpartaKook sampai jatuh dlm tasik.
Masa tu aku gelak sampai nak terberak.
Mempunyai Misai yang macam gampang.
Watak yang paling muda dalam Running Man



Kim Jong Kook
Digelar Sparta Kook dan Commander
Aku paling tergelak bila dia ni muncul je, akan ada sound effect "SPARTA!!"
Seorang penyanyi yang agak femes di Korea
Seorang yang gagah perkasa dan amat ditakuti oleh watak-watak yang lain


Gary
Seorang yang lurus bendul
Selalu dipermainkan oleh rakan-rakan yang lain
Merupakan BF kepada Ji Hyo
Seorang Penyanyi dan Rapper untuk boyband 'Leesaang'


Song Ji Hyo
Digelar'Ace' Ji Hyo
Seorang yang bijak dan ganas
Suka mementingkan diri sendiri dan jenis suka tikam belakang
Aku lagi suka masa awal-awal episod dulu, masa rambut panjang
Pelakon dan Model sepenuh masa


Suk Jin
Digelar Big Nose
Watak yang paling tua dan paling lemah
Kadang-kala dianggap sebagai BEBAN kepada rakan-rakan yang lain
Sesiapa yang berkumpulan dengan Suk Jin akan dianggap sebagai team underdog


Yoo Jae Suk
Diberi tugas sebagai MC dalam Running Man
Seorang yang kelakar, dan suka mentertawakan rakan yang lain
Cara dia gelak tu memang sangat setan
Kadang-kala perangai dia sedikit 'over'
Mempunyai ramai peminat di Korea, dari budak kecik sehingga orang tua
Telah memenangi pelbagai anugerah sebagai pengacara


p/s Aku paling minat Haha dengan Kwang Soo ;)

3 cakap kosong:

MéuzAngelo™ XXIII said...

Gary bukan BF betul JiHyo la.. gf main2 je tu.. haha

tapi RM ni mmg best giler.. aku suke kalo guest SNSD yg dtg.. haha

naem said...

semua ade watak masing masing kan. layan gilaa dowh RM ni, aku lambat sikit, baru nak layan episod 60

PHIRDOTE said...

aku suka artis perempuan korea